RANG Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (Pindaan Rampaian) yang bertujuan melindungi pengguna setempat daripada bahaya dalam talian, akan mula berkuat kuasa tahun depan selepas Parlimen meluluskannya semalam.
Rang Undang-Undang itu meminda Akta Penyiaran untuk menjadikan platform media sosial bertanggungjawab sekiranya mereka didapati menyebarkan kandungan buruk, lantas meletakkan Republik ini dalam kalangan negara pertama yang mengawal selia ruang yang sejauh ini hanya...





