MEREKA yang menceroboh atau menjalankan kegiatan yang tidak dibenarkan di tanah milik negara akan menghadapi hukuman lebih berat di bawah perubahan yang diusulkan kepada undang-undang.
Rang Undang-Undang Perlindungan Tanah Negara, yang diperkenalkan di Parlimen semalam, mengusulkan agar menaikkan denda maksimum sehingga $50,000 daripada $5,000 yang sedia ada. Hukuman penjara sehingga enam bulan kekal tidak berubah.





