KUALA LUMPUR: Selangor, yang menawarkan 22 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, menjadi 'medan pertempuran' bagi nama besar mencipta atau mengakhiri kerjaya politik mereka.
Mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, yang sebelum ini penyandang kerusi Rembau, Negeri Sembilan, mempertaruhkan dirinya untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh, yang menjadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH).





