DUA orang dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap dari satu kebakaran di sebuah flat di Blok 89 Redhill Close terbakar malam kelmarin.
Mereka adalah antara 30 penduduk yang dipindah dari blok tersebut oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) demi langkah-langkah keselamatan semasa kebakaran itu.





