SEORANG lelaki berusia 62 tahun telah ditahan berikutan kematian seorang pekerja yang dihempap mesin yang terjatuh dari forklift pada Selasa (27 Dis) Lelaki itu disyaki menyebabkan kematian ekoran perbuatan cuai. Kemalangan itu berlaku pada 7.53 pagi di 601 Rifle Range Road, satu tapak yang berhampiran Kolam Air Upper Peirce yang dikendalikan ST Engineering Advanced Material Engineering, kata Kementerian Tenaga Manusia...





