DUA lelaki warga Bangladesh berusia 23 dan 28 tahun telah ditangkap manakala 2,500 karton dan 19 batang rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi pada 22 Disember lalu, kata Kastam Singapura. Dalam satu operasi di Gul Circle, pegawai kastam telah menjalankan pemeriksaan terhadap dua lelaki tersebut, dekat sebuah bangunan perindustrian kosong. Salah seorang daripada mereka telah dilihat memanjat pagar...





