PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah meningkatkan pemeriksaan penguatkuasaannya di premis yang dijangka sesak sempena musim perayaan ini.
Dalam kenyataannya di Facebook kelmarin, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan keselamatan kebakaran minggu lepas, di mana pasukan penguatkuasa SCDF memeriksa premis komersial bagi memastikan pematuhan.






