WASHINGTON: Panel penyiasat serangan bangunan Capitol di Amerika Syarikat mengesyorkan bekas Presiden, Encik Donald Trump, didakwa atas pelbagai tuduhan jenayah termasuk pemberontakan sekali gus membolehkan pemimpin Parti Republikan itu dikenakan hukuman penjara.
Jawatankuasa siasatan itu menggesa supaya Encik Trump didakwa selepas siasatan selama 18 bulan terhadap serangan ke atas bangunan Capitol oleh penyokongnya pada 6 Januari 2021, selain tuduhan menghalang...






