KOMIK ini amat sesuai dimanfaatkan para remaja untuk bermuhasabah diri. Empat kisah pendek yang dipaparkan mendorong para pembaca memperbaiki peribadi sekali gus menjadi anggota masyarakat yang menjunjung sifat prihatin, empati, bersyukur, cinta kepada ilmu dan hidup saling bantu-membantu.
Kisah Kejutan mendedahkan realiti keadaan remaja masa kini yang sering terdedah kepada pengaruh negatif dunia digital yang terlalu mudah diakses menerusi telefon...






