TEHRAN: Iran menjalankan hukuman mati pertamanya kelmarin menyusuli bantahan yang telah menggoyangkan rejim negara itu sejak September, lantas mencetuskan kemarahan dan amaran antarabangsa daripada kumpulan hak asasi bahawa lebih banyak hukuman gantung pasti akan berlaku.
Encik Mohsen Shekari, 23 tahun, telah didakwa dan dihukum sampai mati kerana menghalang jalan raya dan mencederakan seorang anggota separa tentera semasa di fasa awal...





