KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan maklumat tular di media sosial bertajuk 'Ismail Sabri dilantik Pengerusi Petronas' adalah palsu.
Sehubungan itu, JPM dalam hantaran menerusi Facebook semalam mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.





