KUCHING: Jawatan timbalan perdana menteri (DPM) dalam Kabinet Persekutuan tidak pernah menjadi keutamaan Sarawak, kata Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata Sarawak tidak pernah meminta apa-apa balasan selepas memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), tetapi bagi Kerajaan Persekutuan menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).






