KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, akhirnya 'bersuara' apabila mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jho Low menegaskan, beliau tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dan bukan ahli Lembaga Penasihat Plaintif atau sebahagian daripada pengurusan 1MDB.





