LONDON: Badan induk Formula Satu (F1) sedang merancang struktur pengurusan perlumbaan baru dalam usaha mengelak berulangnya insiden yang berlaku di Grand Prix Abu Dhabi tahun lalu.
Terdapat penerimaan meluas antara pelbagai pihak terbabit dalam sukan itu bahawa pengarah perlumbaan, Michael Masi, gagal mematuhi peraturan dengan tepat sewaktu tempoh kereta keselamatan dikerahkan, lewat dalam perlumbaan penentuan gelaran juara F1 musim lalu.






