LOS ANGELES: Bintang pop, Britney Spears, mungkin telah membebaskan dirinya daripada dikuasai secara undang-undang oleh bapanya November lalu, namun beliau masih 'bertikam lidah' di media sosial dengan seorang lagi anggota keluarganya, Jamie Lynn.
Pertelingkahan ini bermula apabila Jamie Lynn, 30 tahun, diwawancara oleh rancangan televisyen, Good Morning America, untuk mempromosikan bukunya, Things I Should Have Said, pada 13 Januari lalu.





