HARGA ikan seperti ikan bawal Cina dan kerapu merah kian melambung menjelang Tahun Baru Cina (CNY) minggu depan, dengan beberapa penjual terpaksa menaikkan harga dua kali ganda.
Beberapa penjual memberitahu Berita Harian (BH) bahawa ikan bawal Cina kini dijual pada harga $70 hingga $100 sekilo, naik daripada sekitar $40 hingga $50 sekilo pada November lalu.





