LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, kemungkinan menghadapi cabaran terhadap kepimpinan, menurut beberapa laporan media, selepas berlakunya kemarahan orang ramai terhadap dakwaan bahawa telah diadakan beberapa pesta di kediamannya semasa tempoh sekatan pergerakan Covid-19.
Selepas Encik Johnson menafikan tuduhan bekas penasihatnya bahawa beliau telah berbohong kepada Parlimen mengenai pesta itu, media Daily Telegraph dan ITV News, memetik sumber, melaporkan...





