KUMPULAN penggiat alam sekitar yang tidak mencari keuntungan, Nature Society (Singapore), telah didenda $14,000 kerana gagal mengambil langkah melindungi data peribadi serta melanggar undang-undang lain di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Dalam keputusan bertulis yang diterbitkan pada 14 Januari, badan pemantau privasi Singapura, Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC), berkata pertubuhan itu tidak mempunyai dasar dan amalan bertulis yang diperlukan...





