KENAIKAN harga barangan keperluan asas, yang didorong faktor seperti pandemik yang berpanjangan, gangguan terhadap rantaian bekalan global dan kos logistik yang kian meningkat, dirasakan ramai warga Singapura.
Kesan kenaikan itu tentunya menjejas ramai warga lebih-lebih lagi memandangkan negara ini mengimport lebih 90 peratus dari makanan yang dimakan di dalam negeri.





