SINGAPURA dan Malaysia telah mengesahkan semula komitmen untuk menjalin kerjasama lebih kukuh dalam bidang digital dan maklumat bagi menyokong pemulihan pascapandemik kedua-dua negara.
Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Cik Yong Ying-I, dan Setiausaha Agung Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato' Sri Haji Mohammad Mentek, telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) kelima tentang Kerjasama Maklumat dan Komunikasi...





