PEMERINTAH akan membuat penilaian dan mengambil tindakan yang perlu berkenaan penerbitan yang menyerang atau menghina sebarang agama, atau yang boleh dianggap sebagai menghina atau menyerang mana-mana agama, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Kementerian itu menyatakan demikian dalam satu kenyataan kelmarin berhubung buku berjudul Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, tulisan Dr Cherian George dan Encik Sonny...





