RAKYAT Singapura menyambut Tahun Baru 2022 dengan cuaca sejuk dan hujan, dengan suhu pada awal bulan ini dijangka lebih rendah antara 23 dengan 31 darjah Celsius pada beberapa hari, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
NEA dalam kenyataannya semalam berkata keadaan monsun timur laut yang sedang berlaku di rantau ini diramalkan berlarutan hingga ke bulan ini, dengan angin paras rendah bertiup...






