DARI BINTAN: LALUAN Perjalanan Vaksinasi (VTL) Singapura-Bintan berjalan lancar pada hari pertama pelaksanaannya kelmarin dengan 33 pengunjung Singapura menaiki feri ke terminal feri Bandar Bentan Telani dari terminal feri Tanah Merah.
Setelah sekitar dua tahun tidak menerima pengunjung dari Kota Singa - yang merupakan kumpulan pelancong utama pulau itu - keghairahan dan suasana positif menyelubungi pulau Bintan semasa wartawan turut...





