BAGI kebanyakan isi rumah warga Singapura, sokongan daripada Pakej Jaminan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), akan membantu mengatasi tambahan perbelanjaan GST selama sekurang-kurangnya lima tahun.
Isi rumah pendapatan rendah pula akan menerima sokongan untuk mengatasi tambahan perbelanjaan GST selama sekurang-kurangnya 10 tahun, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.






