LEBIH ramai pekerja sektor awam telah meletak jawatan tahun lalu dan mencapai kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun bagi skim eksekutif pengurusan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, semalam.
Kadar peletakan jawatan dalam Skim Eksekutif Pengurusan mencapai 9.9 peratus tahun lepas, yang tertinggi dalam sedekad, dan kemerosotan itu meningkat dalam tempoh enam bulan lalu.






