DALAM satu perlawanan lagi, pengurus Liverpool Jurgen Klopp berpuas hati melihat pasukannya mengatasi cabaran sukar ketika The Reds menang 1-0 ke atas Burnley, yang menghuni tangga terendah Liga Perdana, kelmarin untuk merakam kemenangan liga keempat berturut-turut.
Dalam cuaca berangin dan hujan di Turf Moor, Fabinho menjaringkan satu-satunya gol sebelum waktu rehat dari sepakan sudut.






