APABILA berkuat kuasa, Perjanjian Kerjasama Pertahanan (DCA), yang pelaksanaannya dipersetujui Singapura dan Indonesia baru-baru ini, akan memberi kejelasan kepada aturan latihan tentera Singapura di perairan dan ruang udara wilayah Indonesia.
Perjanjian itu akan menghormati kedaulatan Indonesia ke atas wilayahnya, sambil memelihara hak Singapura mengadakan latihan tentera, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.






