TANGKAK: Pembukaan sempadan negara pada 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini belum boleh dilaksanakan kerana ia memerlukan penelitian lanjut, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, cadangan MPN itu juga masih belum dibincangkan dalam Kabinet, selain perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan saranan dan nasihat.






