SATU-SATUNYA Anggota Parlimen (AP) pembangkang dalam Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) Parlimen berhubung siasatan ke atas mantan AP, Cik Raeesah Khan, menyatakan beliau lebih cenderung kepada keterangan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, kepada COP berbanding keterangan Cik Raeesah.
Ini kerana AP Hougang itu, Encik Dennis Tan, berkata beliau "tidak percaya" bahawa Encik Pritam "akan membuat rancangan untuk menyimpan sebarang kenyataan sehingga...






