SETIAP hari di tempat kerja, Cik Zulfa Anas berhadapan dengan pesakit barah, termasuk mereka yang baru didiagnos, dan mereka yang telah diberitahu tiada lagi rawatan untuk mengawal penyakit itu.
Di Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), beliau melihat pesakit yang keliru dengan seribu satu soalan, serta mereka yang berkeras tidak mahu menjalani rawatan atau pembedahan.





