BADAL adalah perkataan bahasa Arab yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bererti 'ganti', 'pengganti', 'digantikan' atau 'menggantikan'.
Oleh itu, 'badal haji' bermaksud 'ibadah haji' yang diupahkan kepada seseorang untuk dilaksanakan sebagai ganti kerana adanya halangan tertentu seperti sakit, usia tua (uzur) atau kematian ke atas orang yang seharusnya mengerjakan haji.






