Dimensi baru dalam televisyen Melayu diteroka menerusi drama terkini Suria, Dualiti. Enam individu, Rashid, Amirah, Zul, Najib, Eliyana dan Deandra, disatukan semula dalam permainan realiti maya bernama Dualiti. Mereka 'dilontar' pada zaman silam lapan tahun lalu, di tapak pendakian di mana teman mereka, Sarah Mazlan, ditemui mati tergantung. Ingin tahu apa yang terbuku dalam jiwa pelakonnya apabila menjayakan drama buat...





