DILANCARKAN pada Januari 2010, penerbitan pelajar Berita Harian (BH), GenG, atau singkatan bagi 'Generasi Geliga' menyajikan banyak hal ehwal semasa yang relevan bagi pelajar dan guru.
Setiap edisi akhbar pelajar tersebut mengandungi 16 muka surat yang padat dengan berita terkini bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia, serta aktiviti menarik yang boleh dilakukan.






