NAYPYIDAW (Myanmar): Junta Myanmar akan "menghapuskan" penentang rampasan kuasa, tegas ketua tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, semalam sedang pasukan tentera negara itu mempamerkan kekuatannya pada ulang tahun pertama tindakan keras paling berdarah terhadap bantahan oleh aktivis prodemokrasi.
Negara Asia Tenggara itu berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021, dengan lebih 1,700 orang dikatakan terbunuh dalam tindakan...






