PROFESOR Madya Elmie Nekmat, 40 tahun, Cik Theodora Lai Xi Yi, 36 tahun, dan Encik Ling Weihong, 41 tahun, merupakan muka baru yang diperkenalkan untuk mewakili pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Sengkang bersama Dr Lam Pin Min, 53 tahun.
Semalam, mereka bertemu dan berinteraksi dengan penduduk Sengkang sewaktu pengagihan barangan dapur yang diadakan di Blok 350A, Anchorvale Road.






