PELAJAR di Madrasah Alsagoff Al-Arabiah akan menikmati kemudahan dan sekitaran lebih baik selepas sekolah itu menjalani beberapa peningkatan. Di bawah Projek Waqaf, peningkatan itu antara lain menyaksikan pembinaan lif dan menaik taraf dewan solat serta dewan serba guna, di samping pemasangan prasarana teknologi lebih baik. Majlis pelancaran lif diadakan pada Sabtu (26 Mac), dengan Mayor Daerah Central, Cik Denise Phua,...






