LONDON: Juara Eropah, Italy, tidak akan beraksi di Piala Dunia di Qatar pada hujung tahun ini selepas ia kalah mengejut kepada Macedonia Utara dalam perlawanan kelayakan di Palermo, Italy.
Aleksandar Trajkovski menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-92 dari luar petak penalti, mencetus perayaan gembira di kalangan rakan pasukannya.






