KEDAI permaidani tempatan, Tabriz Carpets Pte Ltd, ialah syarikat yang bergerak dalam bidang peruncitan dan pemborongan alat dekorasi rumah, khususnya permaidani/karpet. Syarikat ini mengkhususkan jualan permaidani yang berasal dari Parsi atau Iran, berasaskan sentuhan moden.
Lebih daripada 95 peratus permaidani yang dijual adalah buatan Parsi, baik buatan tangan mahupun buatan mesin. Selebihnya permaidani itu berasal dari Afghanistan, Pakistan, Rusia dan...





