GEDUNG kurma Al Barakah menjadi tempat kegemaran pembeli kerana ia mempunyai pilihan kurma yang lengkap dan terbesar di seluruh Singapura.
Menawarkan lebih 30 jenis kurma dan buah-buahan kering, kurma yang dijual di Al Barakah boleh dibeli secara timbang atau juga dalam bungkusan tersedia.






