CALON pembangkang, Encik Yoon Suk-yeol, baru-baru ini telah dipilih sebagai presiden baru Korea Selatan dalam persaingan amat sengit dalam pilihan raya presiden negara itu.
Calon Parti Kuasa Rakyat itu menewaskan Encik Lee Jae-myung dari parti pemerintah Parti Demokratik Korea dengan hanya kira-kira 247,000 undi - margin paling tipis sejak perlembagaan negara itu dipinda untuk mengadakan pilihan raya presiden secara langsung...






