PARIS/LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan bagi membantu Barcelona bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Galatasaray 2-1 kelmarin dan mara ke suku akhir Liga Europa.
Selepas terikat tanpa jaringan di Camp Nou minggu lalu, Barca kendalian Xavi Hernandez ketinggalan pada pusingan kedua menerusi tandukan Marcao pada minit ke-28 di Istanbul.





