MIAMI: Juara tujuh kali Super Bowl, Tom Brady (gambar), kelmarin berkata beliau telah mengubah fikirannya mengenai persaraan dan akan kembali beraksi dalam Liga Bola Sepak Nasional (NFL) Amerika Syarikat musim depan bersama pasukan Tampa Bay Buccaneers.
Brady memenangi enam gelaran juara dalam 20 musim bersama New England Patriots, sebelum berpindah ke Bucs pada 2020 dan membantu mereka menjulang kejuaraan.





