BAGI meraikan dan memperingati detik kelahiran bayi mereka, seramai 10 keluarga mengambil kesempatan menanam 'pokok keluarga' atau 'FamilyTrees' semalam.
Acara yang merupakan kerjasama Lembaga Taman Negara (NParks) dan Families for Life (FFL) ini merupakan sebahagian daripada kempen Tahun Meraikan Keluarga Singapura (YCF) yang turut rasmi dilancarkan semalam.





