POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 23 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal.
Dalam kenyataan pada Jumaat (11 Mac), polis menjelaskan pada 5 Mac 2022 sekitar 5.25 petang, pihaknya telah menerima laporan mengenai motosikal yang dicuri daripada tempat meletak kereta berbilang tingkat sekitar Clementi Avenue 1.





