SEMUA kanak-kanak warga Singapura menerima pelbagai manfaat daripada pemerintah untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka, tanpa mengira status perkahwinan ibu bapa mereka, kata Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah.
Malah tambahnya, ibu yang bekerja juga, tanpa mengira status perkahwinan mereka, mendapat cuti bersalin 16 minggu yang dibayar pemerintah serta cuti penjagaan anak yang lain.





