SELEPAS berehat selama dua tahun akibat Covid-19, Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Singapura HSBC akan kembali bulan depan dengan 16 pasukan bersaing di Stadium Negara pada 9 dan 10 April. Penganjur pada Jumaat (11 Mac) berkata kejohanan dua hari itu akan dibuka kepada penonton dan mereka sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengadakannya dengan selamat mengikut langkah pengurusan selamat...





