DUA tahun adalah waktu yang agak lama dan dalam tempoh itu, pelbagai perubahan boleh berlaku.
Bagi petinju tendang Singapura Nazri Sutari, perubahan yang ketara sejak memenangi pingat emas dalam sambo di Sukan SEA Manila pada Disember 2019 - yang pertama buat negara dalam sukan seni mempertahankan diri itu - adalah sosok tubuhnya yang lebih tegap dan kurus.





