Pasukan sukarelawan Sukan Singapura, Team Nila, telah menyumbang sebanyak 1.05 juta jam dalam kegiatan sukarela di akhir tahun lalu, menurut kenyataannya pada Sabtu (5 Mac).
Ini selepas peluang menyumbang tenaga diluaskan untuk menjangkau aktiviti sukan, terutama bagi dua tahun lalu semasa pandemik apabila kegiatan sukan dibataskan.





