KOMITMEN pemerintah dalam mengekalkan norma dan nilai keluarga di Singapura amat dihargai kerana nilai-nilai itu masih kukuh dan akan terus kukuh, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Muis menekankan, pada masa yang sama, masyarakat harus menyerlahkan sikap saling menghormati dan ihsan dalam pergaulan dengan semua golongan masyarakat.





