SATU percubaan menyeludup sekitar 6,000 pod pengisi semula pengewap (vaporiser) dan 167 kilogram tembakau kunyah ke Singapura dibanteras Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (2 Mac).
ICA dalam hantaran Facebook pada Khamis berkata pegawai di Pusat Pemeriksaan Tuas telah mengarah lori berdaftar Malaysia yang memunggah konsainan produk sabun bagi pemeriksaan lanjut.





